Soalan Lazim Mengenai Silika

Silika menggalakkan pengeluaran kolagen yang penting untuk menghasilkan kulit yang lebih kuat, licin dan anjal.

Silika mempunyai pelbagai manfaat, termasuk:

  • Meningkatkan kesihatan sistem pencernaan
  • Mengekalkan keanjalan kulit dengan baik
  • Meningkatkan kesihatan sendi
  • Menguatkan kuku
  • Meningkatkan kesihatan tulang
  • Meningkatkan sistem imun dan kesihatan jantung
Silica dapat menguatkan folikel rambut, menghalang penipisan, dan menguatkan rambut.
Walaupun silika wujud secara semula jadi dalam bentuk kristal (batu, pasir, dan lain-lain), ia juga terdapat dalam makanan (seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan sebagainya) dan air mineral semulajadi dalam bentuk yang dapat diserap oleh badan. Salah satunya adalah daripada air mineral semulajadi dan sumber lain adalah daripada dan banyak lagi. 

Makanan yang tinggi silika adalah:
  • Pisang
  • Sayur-sayuran berdaun
  • Beras perang
  • Bijirin
  • Kacang (dhal), dan
  • Kacang hijau
Sumber silika yang lain adalah bijirin penuh, buah-buahan, minuman, sayur-sayuran dan air mineral. Walau bagaimanapun, kebanyakan silika akan wujud dalam bentuk yang tidak boleh diserap oleh tubuh manusia. Penyerapan silika bergantung kepada saiz molekul silika tersebut – semakin kecil molekul silika, maka semakin baik kadar penyerapan dan kualitinya.
Ya, sudah tentu! Kolagen adalah struktur komponen utama dalam tubuh, dan silika membantu menggalakkan penghasilan kolagen untuk memastikan tubuh kita mempunyai jumlah kolagen yang optimum. Ini memastikan kolagen sedia ada dalam tubuh anda dapat menguatkan tulang, jantung, usus, kesihatan ligamen dan banyak lagi fungi badan anda. 

Walaupun ini sedang dalam kajian, terdapat hasil kajian yang mengatakan silika boleh membantu menghindarkan obesiti.
Pengambilan silika dapat membantu setiap golongan. Ada golongan tertentu yang dapat memperoleh lebih banyak manfaat daripadanya, seperti yang pesakit Alzheimer serta autisme.
Kami mengesyorkan anda mendapatkan konsultasi dengan pakar kesihatan anda apabila mempertimbangkan silika sebagai sebahagian daripada diet harian anda. Secara amnya, silika selamat apabila diambil dalam pemakanan dan minuman semulajadi.
Apabila kita tidak mengambil sayur-sayuran mentah yang mencukupi, serta bijiran, buah-buahan dan air dari sumber asli, kadar silika dalam tubuh badan akan menjadi sangat rendah. Tubuh kita hanya akan dapat mencapai menyerap 2-3% daripada jumlah silika yang dalam makanan dan minuman. Faktor yang turut menyumbang kepada kekurangan silika adalah umur kita, dimanakadar penyerapan silika mula berkurangan seiring peningkatan usia.
Ya, memang benar. Silika mempunyai suhu pendidihan yang tinggi. Selepas mencapai suhu 100° Celcius, silikamasih terdapat dalam air berkenaan. Pendidihan air tidak menjejaskan kandungan silika di dalam air.
Silika merupakan mineral yang wujud secara semulajadi dalam air.
Tidak, silika tidak menghasilkan sebarang reaksi apabila dicampur dengan Teh Cina.
Tidak boleh, silika hanya dapat diserap oleh tubuh melalui minuman/makanan.
Kulit anda akan lebih anjal dan kelihatan lebih berseri.
Anda perlu minum sekurang-kurangnya 1.5 liter hingga 2 liter setiap hari.

Tidak. Kolagen adalah protein yang terdiri daripada beratus-ratus asid amino. Apabila mengambil kolagen dalam bentuk pemakanan, kolagen perlu terlebih dahulu melalui perut sebelum ke usus kecil untuk diserap ke dalam saluran darah, yang kemudiannya dihantar ke semua tisu badan yang berbeza. Walaubagaimanapun, kerana perut sangat berasid (pH 2.0) dan mengandungi enzim lain, kolagen tidak dapat bertahan dan akan berubah menjadi asid amino yang lebih kecil, yang kemudiannya dapat diserap ke dalam aliran darah.

Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk tidak membazirkan wang anda dengan supplemen kolagen yang mahal. Pengambilan silika adalah lebih baik dan lebih penting kerana penyelidikan telah menunjukkan bahawa silika boleh merangsang enzim dalam badan untuk menghasilkan kolagen secara semula jadi.

Silika biasanya selamat untuk diambil melalui makanan dan air mineral. Kajian tidak menunjukkan sebarang hubungan antara penggunaan silika dengan apa-apa kesan buruk, tetapi pastikan anda berunding dengan pakar kesihatan anda jika anda ingin mengambil mengambil silika secara berterusan.